Malaysia Naik 7 Anak Tangga Dalam Kedudukan FIFA




Mungkin ini adalah satu berita gembira bagi skuad negara mahupun masyarakat Malaysia sendiri. FIFA baru sahaja mengeluarkan senarai kemas kini kedudukan terbaru bola sepak dunia untuk bulan Disember 2011. Bagi kedudukan dunia, Malaysia telah naik dengan ketara sebanyak 7 anak tangga dari kedudukan ke-155 sebelum ini pada bulan November lalu. Di Asia pula, skuad negara berada di kedudukan ke-24 daripada 46 buah negara yang lain.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut kedudukan tersebut, pasukan Vietnam mengalami peningkatan yang paling memberangsangkan apabila naik sebanyak 35 anak tangga dari kedudukan ke-134 bulan November lalu ke kedudukan ke-99 bagi bulan ini. Ia menjadikan Vietnam negara terbaik di Asean pada bulan ini. Pada perlawanan persahabatan yang lalu, Vietnam hanya tewas tipis 0-1 di tangan Jepun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada masa yang sama, Thailand berada di kedudukan ke-122 pada bulan Disember ini, Indonesia di kedudukan ke-142, dan Singapura di kedudukan ke-145.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan beberapa siri perlawanan persahabatan kelas 'A' yang dirancang, iaitu menentang Arab Saudi dan Filipina akan memihak kepada skuad negara.

Sementara itu, Sepanyol terus mengekalkan kedudukannya di nombor 1 sekali lagi berada di kedudukan teratas FIFA bagi bulan ini.


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.