Malaysia Menentang "Kesatuan Seks Sesama Jenis"

Perkahwinan Arif Alfian bersama pasangannya, Jonathan, di 
sebuah gereja di Dublin.


KUALA LUMPUR - Masyarakat Muslim Malaysia yang mempunyai pegangan konservatif pada hari ini (Khamis) mengugut untuk menyerang kumpulan gay yang nampaknya telah memeterai perkongsian sivil di Ireland.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majoriti masyarakat muslim Malaysia telah berasa marah dengan imej-imej di dalam sebuah akhbar tempatan yang kononnya menunjukkan majlis perkahwinan songsang antara Arif Alfian Rosli dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Jonathan, di Dublin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mereka telah mengutuk tindakan Arif Alfian itu sebagai seorang yang tidak bermoral sambil membakar gambar-gambar yang menunjukkan pelajar tersebut berpakaian baju Melayu hitam, bertanjak yang bersulam emas dan pasangan gaynya yang memakai sut lengkap berwarna hitam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Islam adalah agama rasmi di Malaysia, di mana hubungan seks sesama jenis bagi orang dewasa adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman sebat dan penjara sehingga 20 tahun.

Pengerusi Pertubuhan Belia Islam Kepong, Norizan Ali, memberitahu AFP bahawa dia telah membuat aduan terhadap Arif Alfian kepada pihak polis kerana tindakan berkahwin secara songsang itu telah mencemarkan imej agama Islam, bangsa Melayu mahupun negara Malaysia.

"Beliau adalah seorang pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara," katanya sambil membakar gambar-gambar majlis tersebut.

"Kami menentang kelakuan gay ini. Arif Alfian telah melakukan dosa besar. Dia perlu kembali ke Malaysia dan meminta ampun daripada ibu bapanya dan Allah.

"Jika saya bertemu dengannya di Malaysia, saya akan menumbuknya," katanya dalam keadaan marah.

Arif Alfian, 28, memberitahu Irish Times bahawa dia telah berpindah ke Dublin lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan. Beliau enggan mengesahkan sama ada beliau telah berkahwin secara songsang, tetapi dia takut untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang akan keselamatannya.

"Kembali ke rumah dalam situasi begini adalah sangat membahayakan bagi saya," katanya.

Homoseksual adalah satu kepantangan di Malaysia, di mana ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar ibrahim menuduh pihak berkuasa cuba untuk memusnahkan empayar politiknya dengan mendakwa beliau atas tuduhan meliwat.

Norizan berkata, aktiviti homoseksual dan lesbian semakin meluas di Malaysia dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan keras terhadap mereka yang menyertainya.

"Kita mesti menghapuskan tingkah laku yang aneh ini. Jika tidak, ia akan memusnahkan hubungan keluarga dan negara kita," katanya lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, berkata, Malaysia tidak akan menghalalkanperkahwinan sesama jantina.

"Perkahwinan jantina yang serupa tidak akan berlaku di negara kita. Noktah !" katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.