Mahukan Aksi Mantap

Oktober lalu, Malaysia kalah mudah dengan keputusan 0-5 ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Australia di Canberra. Ianya sudah cukup memalukan bagi pasukan Malaysia mahupun negara sendiri.

Memegang status sebagai juara Asia Tenggara masih belum cukup untuk pasukan Malaysia menampilkan corak pemainan yang baik bagi menentang pasukan elit Asia sekali lagi.


Sydney FC adalah pasukan yang paling berpengalaman di kelab Liga Australia (Liga-A). Oleh itu, skuad negara perlu lebih berwaspada apabila bakal di uji nanti (hari ini).

Jurulatih negara, Ong Kim Swee tetap mahu melihat aksi-aksi yang baik daripada barisan anak buahnya biarpun ianya hanya sekadar aksi pemanas badan. Ong Kim Swee beranggapan pasukan Sydney FC tidak akan menurunkan sebahagian tonggak utamanya bagi memberi tumpuan kepada aksi Liga-A.

"Biarpun Sydney FC tidak menurunkan barisan tonggak utamanya, ianya masih belum cukup bagi pasukan negara menampilkan aksi menarik kepada pasukan berpengalaman itu.

Sydney FC adalah pasukan yang menduduki tempat ke-4 liga yang juga dikendalikan oleh jurulatihnya, Vitezslav Lavicka dari Republic Czech.

"Saya tidak mahu berharap sangat dengan perlawanan ini nanti sebaliknya mahu pemain memberikan aksi-aksi yang baik kerana ianya bukan mudah untuk mendapat peluang menentang pasukan Sydney FC ini. Saya mahu semua pemain mencari peluang untuk memecahkan benteng pihak lawan seterusnya dapat menjaringkan gol yang ditunggu-tunggu," katanya.

Setelah selesai berlawan dengan Sydney FC, skuad muda negara turut berdepan dengan pasukan Central Coast Marines FC, esok dan Newcastle Jets FC pada 19 Disember. Sama-sama kita mendoakan kejayaan skuad negara kita.
 

 Pemain Australia, Luke Wilkshire (kiri) mengasak penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi persahabatan di Canberra, 7 Oktober lalu. Australia menang 5-0

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.