Mahu Pukat Ikan Tapi Dapat Buaya

Buaya tembaga yang berjaya dibawa ke darat.


KUALA KURAU -  Seorang nelayan terkejut apabila pukat yang ditarik disangkakan berat dengan hasil tangkapan ikan rupa-rupanya menjerut seekor buaya tembaga. Buaya berukuran tiga meter yang masih hidup itu secara tidak sengaja tersangkut di sungai di Kuala Prit 30 kira-kira jam 8 pagi semalam.


Menurut saksi, Sazali Mohamad, 48, pada ketika itu dia mengandaikan pukat miliknya itu mempunyai berat dengan hasil tangkapan, tetapi dia terkejut apabila pukat tersebut ditarik sehingga ke atas bot dan didapati ianya berat seekor buaya tembaga.

"Saya terpaksa meminta pertolongan daripada kawan saya yang kebetulan turut menangkap ikan di kwasan itu. Kami menarik pukat ke atas bot kerana buaya tersebut sangat berat.

"Kami semua bernasib baik keran buaya tembaga tersebut tidaklah terlalu agresif dan bahaya. Sebaik berjay dibawa ke darat, saya menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk menguruskan haiwan berkenaan," katanya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.