Liga-M Dapat Perhatian Pasukan Luar

 Pasukan Preah Khan Reach dari Kemboja.

Seperti yang sudah sedia maklum, pasukan jiran, Singapura akan kembali mewarnai saingan dalam Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan dilihat bukan sahaja mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan malahan juga warga republik itu sendiri.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Singapura kembali dengan nama Lion XII FC sekali lagi, sebahagian besar peminat bola tempatan masih belum lupa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Singapura yang bertindak keluar daripada Liga-M sebelum ini. Dikhabarkan tindakan tersebut gara-gara tidak berpuas hati dengan peraturan levi tiket sebelum membentuk Liga Singapura (Liga-S)  pada 17 tahun yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kelab Kemboja, Preah Khan Reach yang dikendalikan oleh Prak Sovannara juga pernah membuat permohonan bagi menyertai dalam aksi Piala FA sebelum ini, FAM juga difahamkan telah menerima beberapa lagi permohonan daripada kelab terkemuka Thailand dan Indonesia. Ini membuktikan kebangkitan bola sepak negara telah mendapat perhatian negara lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Meskipun keputusan FAM untuk mengalu-alukan penyertaan dari pasukan-pasukan negara lain, ianya bukanlah 100%  yang akan diterima oleh peminat bola sepak negara dan mungkin akan menimbulkan persepsi negatig dalam kalangan mereka mahupun pemerhati bola sepak kerana menjadikan Liga-M ini seolah-olah 'liga-rojak".

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.