Langsuir Bertenggek Di Paip Air

Langsuir (gambar kecil) berjaya dirakam ketika 
sedang bertenggek di paip air.


KEDAH - Misteri lembaga putih yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab selepas imej objek tersebut berjaya dirakam ketika ianya sedang terbang pada jam 2.30 pagi dan ianya dipercayai langsuir.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini, orang ramai memaklumkan mengenai kewujudan makhluk ghaib itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit dan hutan sebelum bertenggek di atas paip air.

Sebelum imejnya dirakam, perkhidmatan pegamal perubatan tradisional turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui penduduk disitu dirakam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber dari tempat kejadian, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing dan bau-bauan bunga kemboja seperti ditanah perkuburan. Dua daripada empat orang yang berada ditempat kejadian terpaksa meninggalkan lokasi setelah diselubungi perasaan seram sejuk.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan menyeramkan dan setelah imejnya dirakam, lembaga tersebut tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut sesuatu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lembaga yang sempat dirakam dipercayai lembaga yang ketiga daripada lima lembaga yang lain yang terdapat di sekitar itu juga.

"Makhluk halus, jin ,iblis dan syaitan sememangnya wujud dan harus mempercayainya. Mereaka akan muncul setelah diseru atau dipuja. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka," katanya.

2 komen:

  1. tang mane langsuir ntah....
    hasil kaji selidik aku nmpak, yang macam mata dan mulut tu daun pokok. putih tu batang paip atau batu. nampak terang tu sebab kene cahaya.
    melayu. x habis2 dengan hantu.

    ReplyDelete
  2. yerlah... tambah satu lagi rukun iman jadi tujuh - percaya kepada hantu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.