Konsert Loudspeaker Kurang Sambutan



Hebat dan menghiburkan! Itulah kemuncak penganjuran konsert Loudspeaker Y2K 11 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka, Ahad lalu (25 Disember). Namun, apa yang mengecewakan pada konsert itu adalah sambutan daripada penonton kerana tidak ramai yang datang memberi sokongan. Stadium yang boleh memuatkan 45,000 orang dalam satu-satu masa kelihatan lengang apabila kira-kira 2,000 orang sahaja yang hadir.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Cuti hujung minggu yang panjang mungkin salah satu faktor mengapa tidak ramai yang mahu menonton konsert itu, Selain itu, harga tiketnya juga mungkin memainkan peranan. Walaupun barisan artis yang dibawakan punya peminat tersendiri, namun RM77 itu mungkin terlalu mahal bagi mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walau apa pun, sekalung tahnia kepada barisan artis yang tampil dengan persembahan cukup bertenaga seperti Faizal Tahir & The Royale FT Force, Azlan & The Typewriter, XPDC dan Wings. Begitu juga dengan pihak penganjur Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB) kerana muncul dengan kolaborasi unik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melihat persembahan Ahad lalu, konsert penutup 2011 itu dimulakan dengan persembahan Faizal Tahir & The Royale FT Force pada jam 9 malam. Faizal muncul dengan menyampaikan empat buah lagu popularnya iaitu "Coba", "Bencinta", "Karma" dan "Selamat Malam".

Seperti biasa, Superman Malaysia ini tidak pernah menghampakan dengan persembahan yang bertenaganya itu. Tetapi, melihat reaksi penonton apabila melihat persembahan bagaikan tiada perasaan untuk terhibur. Hanya segelintir sahaja dilihat menyanyi bersama dan memberi tepukan.

Tiba ke persembahan kumpulan Indie Malaysia, Azlan & The Typewriter, peminat masih belum menunjukkan respon yang sepatutnya. Namun, kumpulam itu bijak mencuri tumpuan apabila mereka menyampaikan lagu "Teratai" yang pernah dipopularkan oleh Sweer Charity.

Dengan cara nyanyian yang tersendiri, Azlan membuatkan peminat terpesona lantas memberikan tepukan gemuruh. Bagi tidak menghampakan peminat, diaa turut menyanyikan lagu "Lagu Untukmu".

Kumpulan 'rock kapak', XPDC mangambil alih pentas setelah Azlan & The Typewritter mengundur diri. Kemunculan XPDC ternyata menyuntik semangat lepada peminat yang hadir.

Konsert Loudspeaker y2K 11 ini juga menampilkan dua vokalis daripada kumpulan XPDC iaitu Mael dan Ali, kumpulan ini menyampaikan hampir 10 buah lagu. Ali tampil dengan lagu-lagu 'hardcore' sementara Mael dengan lagu-lagu yang agak relek.

Kehangatan pentas diteruskan dengan persembahan terakhir daripada kumpulan rock lagenda Malaysia, Wings, yang juga mendapat sorakan gemuruh. Wings mempersembahkan sembilan buah lagu kesemuanya, termasuk lagu "Sejati", "Taman Rashidah Utama" dan "Hukum Karma".

Acara penutup konsert itu diakhiri dengan persembahan gabungan suara Awie, Faizal Tahir, Azlan, Mael dan Ali untuk lagu "Peronda jaket Biru".

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.