Kereta Terbalik Di Perkuburan

Kereta yang dipandu mangsa (gambar keci) terbalik beberapa kali.


SUNGAI SIPUT (U) - Seorang lelaki hampir kehilangan nyawanya tetapi mujur setelah diselamtkan orang awam dalam kejadian kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran di tanah perkuburan Cina, Rimba Panjang, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi dan mangsa, Chong Kin Yung, 55, sedang memandu seorang diri dari arah Sungai Siput ke Ipoh.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, M Rajamoethi berkata, mangsa nyaris maut apabila kereta yang dipandu secara berseorangan terbabas lalu terbalik beberapa kali di lokasi kejadian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang ramai berikutan kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.50 pagi.

"Seramai lima anggota bersama satu jentera terlibat dalam operasi dan dikerahkan untuk membantu dan menyelamatkan mangsa, yang diketuai pegawai bomba, Nor Azam Abd Raman," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang bertindak pantas mengeluarkan mangsa daripada keretanya, sekaligus telah menyelamatkan nyawa mangsa.

"Dalam kejadian itu, mangsa telah tersepit dalam kereta berkenaan selepas gagal mengawal kereta lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik beberapa kali serta melanggar tiang elektrik.

Mangsa telah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan serta muka dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya lagi.

Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

Beliau turut memaklumkan, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan yang teruk akibat kejadian berkenaan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.