Kereta Terbabas Masuk Parit

Keadaan kereta Perodua Viva yang terbalik semasa kejadian.


ALOR GAJAH - Seorang gadis nyaris maut apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mula terbabas di kiri jalan sebelum terhumban ke daam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, semalam, dan kemalangan dipercayai berlaku akibat faktor keletihan.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Norzaini Abd Rahman, 24, seorang pekerja kilang, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pengkalan Balak menuju  Kuala Linggi. Dalam keadaan keletihan, mangsa tidak menyedari kereta yang dipandunya mula terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam parit.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada mulanya saya memang tidak sedar stereng kereta saya semakin menghala ke kiri dan saya hanya terjaga apabila kereta sudah terbabas dalam keadaan terbalik.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya mula panik apabila air parit mula masuk ke dalam kereta. Kedudukan kereta yang terbalik memaksa saya keluar mengikut pintu penumpang hadapan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa dipercayai baru sahaja tamat waktu bekerja, jam 8 malam kelmarin hingga 7.30 pagi semalam dan bersyukur tidak mengalami kecederaan ynag begitu serius.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, berkata, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru dan terkejut apabila melihat kereta yang dipandu mangsa secara tiba-tiba meluncur laju ke kiri sebelum masuk ke dalam parit.

"Saya mulanya tidak sedar keadaan pemandu ketika berselisih dan sebaik kejadian, saya segera berpatah balik ke arah mangsa utnuk melihat keadaannya.

"Saya melihat mangsa pada ketika itu cuba untuk menyelamatkan diri dengan keluar dari pintu penumpang hadapan kerana keadaan dalam keadaan terbalik memaksanya berbuat demikian," katanya

Norzaini yang masih trauma dengan kejadian itu menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran sebagai pesakit luar.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.