Kepala Hampir Digilis Tayar Treler

Pasukan Pertahanan Awam membantu mangsa untuk dikejarkan ke 
Hospital Alor Gajah. (Sumber gambar: Sinar Harian)


ALOR GAJAH- Kepala mangsa hampir digilis tayar treler tetapi dia bernasib baik walaupun kepalanya begitu hampir kira-kira lima sentimeter sahaja daripada tayar treler berkenaan dalam kemalangan di Kampung Londang, Masjid Tanah, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi, Mokhtar Kassim, 50, dari Kampung Tanjung Bidara, nyaris menemui ajal selepas motosikal ditunggangninya hilang kawalan lalu merempuh sebuah treler yang sedang mengundur pada ketika itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa terperosok ke bawah treler dan motosikalnya pula tersepit di bawah tangki gas kenderaan itu.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Legenda dipercayai menunggang secara berseorangan dan baru pulang dari sebuah ladang di Paya Rumput.

Pemandu treler, Zamri Mohd Nor, 32, berkata, ketika kejadian, rakannya, Yatim Mustafa, 39, sudah bersedia mengawal lalu lintas nagi memudahkan urusan mengundurkan kenderaan itu membawa muatab batu-bata untuk keluar.

"Saya mula mengundurkan treler perlahan-lahan dan tidak menyedari ada penunggang motosikal di laluan kiri. Selepas itu, saya terdengar terdengar bunyi sesuatu seperti ranting kayu patah dan saya cuba meninjau melalui cermin sisi tetapi saya tidak nampak apa-apa.

"Bagaimanapun, selepas saya turun dari kenderaan untuk meninjau, saya dan rakan terkejut apabila melihat sebuah motosikal sudah terperosok di bawah lori kami.

"Memang terkejut apabila melihat sepasang kaki mangsa terjulur dari bahagian tengah treler," katanya.

Zamri berkata, mereka segera membantu mengeluarkan mangsa yang terbaring dan meraung kesakitan.

"Ketika itu, kami lihat kepalanya begitu hampir dengan tayar treler kira-kira lima sentimeter sahaja tetapi mujurlah tidak digilis.

"Agak sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit kerana kaki kanannya dihempap motosikal," katanya.

Pasukan Pertahanan Awam tiba di tempat kejadian selepas Zamri berjaya menghubungi mereka bagi membantu mangsa sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah.

Sementara itu, jurucakap hospital alor Gajah berkata, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri, patah kaki kanan dan sedikit luka kecil di dagu.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Saiffudin Shaharuddin berkata, pihaknya ada menerima laporan kemalangan tersebut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.