Kepala, Badan Hampir Dilenyek Treler

Keadaan mayat mangsa yang mengerikan selepas merempuh 
treler terbabit. (Sumber gambar: Sinar Harian)



SUNGAI KAPAR INDAH (SKI) - Seorang remaja meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya betul-betul berada pada tayar treler dalam satu kemalangan berdekatan lampu isyarat Batu 6, Jalan Kapar, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, Muhamad Suhaimy Yaacob, 18, yang menunggang motosikal berseorangan dikatakan cuba untuk mengelak daripada dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kanan, namun tindakannya gagal menyebabkan motosikalnya bergesel dengan sebuah treler.

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Akibat daripada geselan itu,mangsa tercampak dan sebahagian badannya turut terperosok di bawah kenderaan terbabit.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, tindakan pantas pemandu treler yang membrek serta merta sebaik menyedari mangsa tercampak ke bawah kenderaannya berjaya mengelak daripada terus menggilis dan melenyek bahagian kepala dan badan remaja berkenaan.

Mangsa yang dipercayai menetap di Bukit Rokan, Kuala Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Daerah )IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi, berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Rantau Panjang sebagai pemandu forklift.

Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju dan cuba untuk mengelak sebuah kereta Produa Myvi lalu hilang kawalan  hingga bergesel dengan sebuah treler ketika lampu isyarat bertukar hijau.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter ke laluan bersebelahan hingga kepala dan badannya hampir dilenyek oleh treler berkenaan yang dipercayai baru sahaj bergerak dalam keadaan perlahan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala sebelum mayatnya dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat," katanya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.