Kemelut Hampir Selesai




Penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali tidak mahu cepat melatah di sebalik kemelut yang melanda Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL) ketika ini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sejak minggu lalu, pelbagai kontroversi yang melanda bekas penyerang Selangor itu yang dikatakan terdesak untuk mencari majikan baharu ekoran status ISL yang dikatakan tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, Safee Sali tetap serius untuk menumpukan fokus bersama kelab yang disertainya itu sejak Februari lalu, lebih-lebih lagi dia memegang status sebagai kapten pasukan dalam kelab tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, masalah pentadbiran Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu badan yang bertanggungjawab mengendali ISL kangsung tidak bermain di kotak fikirannya, sebaliknyadia berharap kemelut itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

"Sehingga kini, saya masih menghormati kontrak bersama Pelita Jaya yang akan berakhir pada 31 Januari depan.

"Baru-baru ini, pihak Pelita Jaya telah mengemukakan kontrak selama tiga tahun, tetapi saya perlu meneliti tawaran itu memandangkan ianya agak lama.

"Jika bersesuain dengan kontrak, saya mahu lagi beraksi untuk mengetuai Pelita Jaya bagi memburu gelaran juara ISL," katanya lagi.

Sekiranya Safee bersetuju menandatangani kontrak baru bersama Pelita Jaya, masa depan beliau masih terselamat sekalipun pihak FIFA meletakkan status haram terhadap ISL, IPL mahupun PSSI.

Safee Sali boleh 'ditukarkan' kepada kelab Australia, Brisbane Roar FC atau sebuah kelab Belgium yang dipegang oleh pemilik Pelita Jaya, Bakrie Group yang dimiliki Bakrie.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.