Kelindan Maut Selepas Dirempuh

Keadaan mayat mangsa yang terseret sejauh lima meter .


PELABUHAN KLANG - Hasrat murni seorang kelindan memberi isyarat kepada pemandu lain agar menukar laluan bersebelahan bagi mengelak daripada merempuh lorinya yang rosak mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, di Persiaran Raja Muda Musa di sini, mangsa dikenali A Kamaraj, 25, dari Pendamaran meninggal dunia akibat kecederaan parah dikepala dan anggota badan lain selepas terseret beberapa meter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama pemandu lori sednag membawa muatan barangan alat ganti kenderaan dari arah Klang menghala ke Pelabuhan Klang.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Setibanya di tempat kejadian, lori yang dinaiki mengalami kerosakan enjin dan memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di laluan paling kanan.

Dia kemudiannya bergegas ke lokasi lain dipercayai untuk memanggil mekanik bagi membaiki kenderaannya.

Sementara itu, mangsa dikatakan menunggu sambil berdiri bersebelahan kenderaan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain agar segera menukar laluan bagi mengelak daripada merempuh lorinya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abdul Rahman berkata, secara tiba-tiba sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Fronter yang dipandu laju gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang lori tersebut.

"Mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sekali gus menyebabkan lori dan mangsa terseret kira-kira lima meter.

"Mangsa terseret di bawah lori itu hingga ke laluan paling kiri dan tersangkut pada pengadang jalan," katanya.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

"Sementara itu, pemandu kenderaan jenis Nissan itu hanya mengalami cedera ringan dan kenderaannya remuk teruk di bahagian hadapan," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.