Kanak-kanak Terselamat Selepas Dilanggar

Selepas satu dunia dikejutkan dengan berita mengenai kanak-kanak perempuan dilanggar sebanyak dua kali di China, sekali lagi berita ini berulang kembali. Kali ini berita mengenai kanak-kanak perempuan juga telah dilanggar oleh sebuah kereta tetapi terselamat dalam kejadian.

Di Wenzou, China, sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam sempat merakam kejadian cemas itu. Rakaman tersebut menunjukkan usaha orang ramai untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut selepas dilanggar.


Kejadian tersebut berlaku selepas ibu kepada kanak-kanak itu memaksanya untuk bangun dan berjalan untuk pergi ke sebuah tadika berdekatan, tetapi kanak-kanak tersebut enggan menuruti sambil menangis. Akibat marah atas tindakan tersebut, ibu tersebut meninggalkan kanak-kanak berkenaan di tengah-tengah jalan raya.

Menurut rakaman tersebut, dalam pada masa yang ketika kanak-kanak itu ditinggalkan oleh ibunya, sebuah kereta berwarna hitam ingin membuat pusing balik sebelum melanggar kanak-kanak tersebut.

Ibu kanak-kanak itu dan pemadu kereta berkenaan serta orang ramai cuba untuk mengeluarkan mangsa selepas terperosok dibawah kereta berkenaan. Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa.

Selepas kejadian, kanak-kanak tersebut dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.


1 komen:

Powered by Blogger.