'Kak Limah' Mahu Barangnya Dipulangkan Kembali




MARANG - Selepas gagal untuk mengusir hantu 'Kak Limah' seperti yang disarankan beberapa pemanggil yang menghubunginya kelmarin, Mazlan Ali mengambil kata putus untuk memulangkan kembali semua barang yang diambil dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, dia berasa keberatan unutk mengubah suai rumah yang baru siap dibinanya di Kampung Teminang itu, bagi mengembalikan papan, tiang dan atap yang juga dipercayai diambil dari rumah arwah ayahnya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Semalam, katil kayu digunakan keluarga anaknya, Moh Syawal, 22, sudah diletakkan di luar rumah untuk dipulangkan kembali seperti disarankan pemanggil yang mendakwa dirinya pengamal perubatan rawatan gangguan makhluk halus. Keputusan dibuat selepas dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan kejadian seram yang dialami mereka sekeluarga sejak seminggu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Gangguan mula berlaku selepas kami membawa pulang kepingan papan, tiang dan atap untuk membina rumah Mohd Syawal, November lalu. Masa itu salah seorang anak saya melihat seorang wanita tua menggunakan paip air rumah kami dan berkeliaran di kawasan sekitar.

"Gangguan itu makin menjadi-jadi setelah rumah ini siap dibina seminggu lalu," katanya.

Dalam gangguan terbaru malam kelmarin, Mazlan, 55, berkata, ahli keluarganya tidak tidur lena apabila lembaga berkenaan kelihatan seperti hantu 'Kak Limah' itu terus menggangu mereka.

"Kebanyakanahli keluarga saya mengalami mimpi menakutkan apabila sedang tidur semalam (malam kelmarin), sehinggakan saya menabur lada hitam dan garam di dalam rumah," katanya.

Menurut Mazlan, ada pengamal perubatan menasihatkan saya supaya menggunakan lada hitam dan garam, sekiranya mengalami gangguan selain membaca ayat suci al-Quran.

"Sejak berita ini dihebahkan, kami telah menerima lebih dari 100 panggilan dan lebih 50 khidmat pesana ringkas (SMS), terutama daripada pengamal perubatan yang menawarkan khidmat mereka, namun kami hanya menerima nasihat, tetapi tidak mampu untuk menjemput mereka datang ke rumah.

"Kami tak mampu membayar kepada mereka. Saya sudah tidak tahan lagi untuk berjaga setiap malam bagi memastikan keluarga saya tidak diganggu," katanya.

Menurut Mazlan lagi, dia amat berharap ada pengamal perubatan tradisional sudi membantu dan dapat datang ke rumah dia di Kampung Temiang, Pangkalan Berangan di sini.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.