Jurukimpal Maut Dirempuh Treler

Keadaan lori dan kereta yang remuk selepas dirempuh sebuah treler.


MUAR- Seorang jurukimpal besi maut apabila lori yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya bersama sebuah kereta yang lain selepas dirempuh oleh sebuah treler dari arah belakang di Jalan Bukit Pasir di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi apabila lori yang membawa muatan besi pagar berkenaan dipandu Abdul Raub Abd Rashid, 36, bersama dua penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Taman Indah Bukit Pasir untuk membuat pemasangan besi pagar di rumah pelanggannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun,ia hilang kawalan selepas dirempuh oleh sebuah treler dari arah belakang ketika ingin membelok memasuki persimpangan Taman Indah lalu terbabas ke laluan bertentangan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebuah kereta Proton Wira dari arah Pagoh menghala ke Muar turut menerima nasib yang sama selepas gagal mengelak lalu merempuh lori mangsa sehingga menyebabkannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.

Abdul Raub dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Mayatnya di bawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Menurut sumber, dua penumpang lori terbabit cedera parah manakala pemandu kereta berkenaan hannya mengalami cedera ringan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Pemandu treler yang tidak mengalami apa-apa kecederaan membuat laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.