JPN Lancar MyKad Baru

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, menunjukkan MyKad 
terbaru yang boleh dibuat mulai 3 Januari depan. (Sumber gambar: Harian Metro)



PUTRAJAYA - Mulai 3 Januari 2012 depan, orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan termasuk imej turisan dan cip tahan lasak.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini (Putrajaya) dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain boleh dibuat secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10 sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata, MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudak rosak, tidak tahan lasak dan mudah dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara ini. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat khas daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkannya dipalsukan," katanya pada sidang media semalam.


Antara ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan JPN. 
(Sumber gambar: keris7lok.blogspot.com)

Menurut Jariah, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad terbaru ini tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi JPN menggalakkan orang ramai supaya menggantikannya sebagai langkah keselamatan.

"MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebig tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat gantian MyKad baru boleh pergi ke cawangan JPN berdekatan seperti Kluang dan Ipoh (10 Januari), Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari), Alor Setar (2 Februari), Miri (6 Februari), Wilayah Persekutuan (15 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari dan Wilayah Persekutuan (15 Februari).

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.