Ikan Aneh Bergigi Manusia

Farizul Akmal Mustafa menunjukkan ikan aneh yang
berjaya dipancingnya.


ALOR SETAR - Seorang pekerja swasta terkejut apabila seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seperti gigi manusia.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, pergi memancing di Tasik Beris kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami berempat berpakat untuk pergi memancing haruan disana dengan membawa umpan katak, kami juga telah berjaya menaikkan kira-kira sepuluh ekor ikan Haruan.

"Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang mempunyai gigi seperti gigi manusia," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Abdul Ghafar, ikan bergigi aneh itu telah dipancing oleh anak saudaranya itu, malah ia adalah ikan yanh terawal menyambar umpan.

"Pada mulanya, kami sangka ia adalah ikan Lampam, namum kulitnya pada bahagian dada berwarna kemerah-merahan dan sisiknya juga halus," katanya lagi.

Menurut Ghafar lagi, ikan tersebut telah disiang dan digoreng sewaktu mereka tiba di rumah. Mereka menjamah ikan tersebut walaupun pada masa itu timbul rasa takut kalau-kalau ada kesan sampingan jika memakannya.

Rasa ikan seberat hampir 600 gram dikatakan sangat manis dan sedap, malah tiada alahan mahupun kesan sampingan yang berlaku.

"Rasa isinya hampir sama seperti rasa isi ikan Kalaoi, tetapi ianya lebih sedap," katanya.

2 komen:

  1. Memang ade ikan yg gigi die mcam gigi manusia...tapi tk ingat la pulak nama die..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.