Ibu Kota Banjir

KUALA LUMPUR - Selepas bandar Kajang, Selangor dilanda banjir teruk minggu lepas, kali ini ibu kota pula dilanda musibah tersebut. Hujan lebat tanpa henti selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air sedalam tiga meter.

Antara kawasan-kawasan rendah yang terjejas ialah Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, dan Kampung Baru menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sehingga jam 8 malam semalam.


Di Jalan Haji Sirat, kampung Baru, sebanyak 30 buah rumah telah dinaiki air dan menyebabkan penduduk di kawasan itu panik dan kelam-kabut untuk menyelamatkan barang berharga mereka ke tempat yang selamat.

Menurut mangsa, Khalili Yunus, 46, dia terkejut selepas rumah yang didiami selama 15 tahun itu buat kali pertama dinaiki air dalam masa tidak sampai dua jam.

"Selepas selesai berniaga pada jam 5 petang, saya pulang ke rumah dan terkejut apabila melihat rumah sudah dinaiki air setinggi satu meter."

"Tujuh anak saya hanya mampu menangis didalam rumah melihat air semakin naik. Saya mengarahkan mereka membawa barang-barang yang penting dan berharga ke tempat yang selamat," katanya.

Malangnya, dia mengalami kerugian kerana beberapa perabot dan televisyennya telah rosak akibat banjir tersebut.

Menurut sumber, punca air naik dengan cepat adalah kerana sistem peparitan  tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke kawasan rumah penduduk.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kual Lumpur, Azizan Ismail memberitahu, dalam kejadian banjir di Jalan Semarak, pihaknya telah memindahkan 23 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun dan tiga guru sebuah taska di kawasan itu yang dinaiki air.

"Pihak kami terpaksa menggunakan bot bagi membuat opersi menyelamat mangsa kerana keadaan air dari Sungai Bonus melimpahi tebing sehingga 1.5 meter.

"Pihak kami juga telah berjaya memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska tersebut," katanya lagi.


Antara jalan yang megalami kesesakan lalu lintas yang teruk

 Sebahagian kawasan rendah yang dinaiki air yang dilihat dari pandangan atas.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.