Hilang Cuping Telinga Angkara Cemburu

Keadaan cuping telinga Ridzuan selepas dihiris oleh lelaki yang 
tidak dikenali.


PASIR MAS - Bermotifkan cemburu, seorang pekerja di pusat membeli-belah terpaksa meneruskan kehidupan tanpa cuping telinga kiri dan mendapat 50 jahitan pada badan setelah dicederakan menggunakan parang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut mangsa, Mohd Ridzuan Jusoh, 21, meskipun kejadian ini berlakku tiga minggu lalu, dia tidak akan melupakan detk-detik dia di culik tiga lelaki, dihiris menggunakan parang dan dibebaskan ditepi jalan berhampiran Bayu Lalang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, dia hanya mengenali seorang perempuan berusia 28 tahun, sejak dua bulan lalu dan mereka mula berkawan kerana dia mengaku masih bujang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya hanya mengenali status perempuan, setelah suaminya sendiri memberitahu ketika menculik saya 10 Disember lalu.

"Lelaki berkenaan sepatutnya sedar bukan saya yang menjadi punca keruntuhan rumah tangganya, keran saya juga menjadi mangsa perempuan itu," katanya.

Menurut Ridzuan, lelaki berkenaan bukan sahaja mencederakannya tetapi mengambil kesempatan dengan merampas dompet, telefon bimbit dan wang berjumlah RM504.

"Wang yang saya kumpul sejak setahun lalu, lesap begitu sahaja sedangkan wang tersebut perlu dilunaskan utnuk mendapatkan lesen memandu saya.

"Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya, kerana mereka juga tidak bekerja disebabkan mengalami masalah kesihatan," katanya.

Sementara itu, ibunya, Hasnah Hamat, 69, berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan dapat mencari kebenaran kepada anak bongsunya ini.

"Perbelanjaan untuk memulihkan telinga anak saya terlalu tinggi, sedngkan saya dan suami sudah lama tidak bekerja.

"Saya berharap supaya lelaki dan perempuan berkenaan sedia menyerahkan diri dan meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan ke atas anak saya," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.