Harimau Muda Tunjuk Belang

Skuad Harimau Muda negara telah menunjukkan belang mereka apabila beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang kelab Liga-A Australia, Sydney FC, dengan keputusan penuh 3-0. Perlawanan ini adalah perlawanan pertama dalam rangka latihan skuad kendalian Ong Kim Swee di Australia.

Selaku pemain gantian pada masa ke-70, Ahmad Hazwan Bakri telah berjaya meledakkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Satu gol lagi telah disempurnakan oleh pemain tengah, K.Gurusamy.


"Walaupun perlawanan ini hanyalah perlawanan persahabatan, ia sudah cukup memberi keyakinan kepada skuad Harimau Muda untuk beraksi dengan lebih baik lagi bagi menentang pasukan-pasukan lain esok dan hari seterusnya," kata Ong Kim Swee.

Selepas ini skuad negara akan menentang pasukan Central Coast Mariners pada 14 Disember dan pasukan Newcastle United Jets pada 19 Disember.

Keputusan penuh: Malaysia 3 - 0 Sydney FC

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.