Harimau Muda Tewas Tipis

Hari ini tuah tidak menyebelahi kepada skuad negara apabila tewas tipis ditangan Central Coast Mariner FC.
Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung di Australia pada hari ini selepas kelab tersebut membuat rayuan agar dipercepatkan jadual perlawanan dari 15 Disember ke 14 Disember kerana mempunyai jadual perlawanan liga yang padat.


Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan dengan keputusan penuh 0-1 kepada Central Coast Mariner FC. Pada siri perlawan semalam apabila menentang Sydney FC, skuad negara telah berjaya menjaringkan tiga gol sentuhan daripada Ahmad Hazwan Bakri dan K.Gurusamy.

Menurut laman Football Federation Australia Home, mereka memuji aksi permainan yang dipersembahkan oleh penyerang negara, Fakri Saarani yang sering kali membuat serangan bertubi-tubi yang mampu memecahkan benteng dan gawang gol Central Coast Mariner FC.

Skuad Harimau Muda negara dijadualkan akan menentang Newcastle Jets FC pada 19 Disember 2011 ini.


Fakri Saarani mengasak pemain lawan dalam perlawanan persahabatan tadi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.