Harimau Muda Beri Amaran

Skuad Harimau Muda mampu beri saingan dalam Liga-S.


Baru-baru ini, skuad negara telah beraksi cemerlang dalam tiga perlawanan persahabatan pada siri jelajah Australia. Kesemua perlawanan tersebut boleh dirangkumkan cukup cemerlang dan ianya seolah-olah memberi amaran kepada lawan mereka pada saingan Liga Singapura (Liga-S), bahawa penampilan pertama kali skuad anak buah Ong Kim Swee tidak boleh dipandang remeh oleh negara jiran yang lain.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam siri jelajah Autralia, skuad negara mula melakar kemenangan 3-0 apabila menentang Sydney FC, tetapi sewaktu menentang Central Coast Mariner FC, skuad negara tewas tipis 0-1 sebelum bangkit semula menentang kelab yang sama dengan keputusan 4-0.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pengurus pasukan Harimau Muda A, Datuk Afandi Hamzah, apa yang dicapai skuad negara itu amat membanggakan dan cukup penting dalam persiapan bagi menharungi saingan Liga-S, awal tahun 2012 nanti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Di sana nanti (Liga-S), saya percaya selain pasukan tempatan, banyak pasukan jemputan yang hebat akan bertanding, terutama daripada Perancis (Etoile FC) dan Jepun (Albirex Niigata FC).

Harimau Muda A akan beraksi but kali pertama dalam Liga-S musim depan menerusi kerjasama daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang menyaksikan skuad Young Lions yang dipanggil LionsXII bersaing dalam Liga Malaysia sebagai pertukaran.

Menurut Afandi lagi, dia berharap skuad negara dapat beraksi dengan cemerlang sewaktu di sana (Liga-S) nanti selain mencari pengalaman untuk mempertingkatkan mutu permainan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.