Hancur Dalam Mesin Pengisar

Azimi Mohamad Ariffin melihat mayat adiknya yang dibungkus dengan beg
plastik selepas badan mangsa hancur. (Sumber gambar: Sinar Harian)


TAIPING - Seorang pekerja lelaki maut selepas tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lebih malang lagi, mayat mangsa dipercayai hampir hancur 80 peratus dan terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 8.40 pagi akibat mengalami kecederaan parah pada keseluruhan bahagian badannya.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
" Pada pagi kejadian, mangsa dipercayai sudah mematikan suis mesin berkenaan untuk dicuci. Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin itu bergerak dengan sendiri dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin berkenaan.

"Hanya mangsa sahaj yang berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar selepas terdengar jeritan mangsa," katanya.

Menurut sumber, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba untuk meberhentikan mesin berkenaan untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.

"Mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

"Aggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan," katanya lagi.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut kerana tidak terdapat sebarang unsur jenayah yang lain.

Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, beliau hanya mendapat berita mengenai kejadian tersebut selepas dimaklumkan penduduk kampung.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.