Giliran Pudu Pula

Banjir kilat di Pudu mencapai 0.5 meter.


KUALA LUMPUR - Hari ini giliran Pudu pula dinaiki air selepas bandar Kajang, Selangor, dan ibu kota Kuala Lumpur. Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara dan difahamkan air naik sehingga 0.5 meter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Disebabkan kejadian tersebut, kesesakan lalu lintas mula berlaku di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Para peniaga sedang bertungkus-lumus mengalihkan barangan ke tempat yang selamat selepas air naik semakin cepat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) ketiak dihubungi pula, banjir kilat tersebut memberi kesan kepada aliran trafik yang bermula pada jam 5.30 petang.

Katanya, Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang turut terjejas.

Sehingga jam 7 malam keadaan trafik di jalan lain juga dilaporkan turut terjejas juga.


Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.