Geng Gonchar Berjaya Ditumpaskan

Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang berjaya menaikkan kerangka motosikal 
dari dalam sungai. (Sumber gambar: Sinar Harian)


KANGAR - Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal yang diketuai oelh Geng Gonchar yang semakin menjadi-jadi di sekitar negeri ini apabila menangkap empat ahli kumpulan itu termasuk seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun dalam dua siri tangkapan berasingan baru-baru ini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Timbalan Ketua Polis Perlis Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, ketiga-tiga suspek ditahan yang terdiri daripada penganggur dan mekanik itu berusia lingkungan 16 tahun hingga 25 tahun dan masih dalam tahanan reman sehingga 27 Disember ini, manakala seorang lagi suspek diberi jaminan polis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, pihak polis masih memburu tiga individu lagi yang disyaki ahli kumpulan itu yang masih bebas bagi menyelesaikan beberapa siri kes kecurian motosikal dan kesemuanya antara 19 tahun hingga lewat 20-an.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selain itu, hasil penahanan empat suspek tadi membolehkan polis menemui 12 kerangka motosikal jenis Honda EX5, tiga kerangka Modenas Kriss, tiga kerangka Yamaha dan dua penutup enjin yang masing-masing telah dileraikan sebelum dilupuskan didalam Sungai Pangau, Tok Kuning, dan anak-anak sungai sekitarnya dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang.

"Kesemua mereka yang terlibat sudah dikenal pasti dan merupakan rakyat Perlis dan polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka bertindak sebagai orang tengah yang diarahkan mencuri motosikal untuk mendapatkan kompenan.

"Polis juga turut percaya aktiviti yang dilakukan oleh Geng Gonchar sudah lama aktif berdasarkan bilangan keseluruhan kerangka motosikal berjumlah 20 buah yang dijumpai selain masih berusaha mencari dalang uama kegiatan kumpulan ini," katanya pada sidang media di bilik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali dan Ketua Pasukan Khas (Task Force) yan ditubuhkan bagi menyiasat dan menumpaskan kegiatan Geng Gonchar, Sarjan Zulkifli Othman.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan bermotor dan jika disabitkan kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan melebihi tujuh tahun selain boleh dikenakan denda.

Menurut Md Zukir, dengan tertangkapnya suspek terlibat, pihak polis Perlis sehingga kini berjaya menyelesaiakan 13 kes curi motosikal melibatkan kumpulan itu atau 32.05 peratus berbanding jumlah kes kecurian motosikal sepanjang tahun sebanyak 351 kes.

"Berdasarkan statistik kes kecurian motosikal di seluruh Perlis, pihak kami berjaya menyelesaikan 79 kes (22.51 peratus) daripada jumlah kes sama.

"Statistik yang diperoleh turut menunjukkan peningkatan positif polis Perlis apabila berjaya mengurangkan 62 kes kecurian pada tahun ini berbanding 413 kes pada 2010," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.