Gangguan Hantu 'Kak Limah' Semakin Menjadi-jadi

Mazlan Ali bersama anaknya melihat berita mengenai gangguan yang
dialami yang disiarkan oleh akhbar. (Sumber Gambar: Sinar Harian)


MARANG - Kebimbangan lima sekeluarga dari Kampung Temiang, Pengkalan Berangan dekat sini bakal berakhir apabila ada pihak yang mendakwa dirinya mampu menyelesaikan masalah berikutan kewujudan wanita misteri kononnya seperti watak hantu 'Kak Limah' yang dipaparkan di blog Speaker Pecah sebelum ini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut ketua keluarga itu, Mazlan Ali, 55, dia berasa sedikit lega apabila seorang ustaz dari Hulu Selangor ingin membantunya selepas beliau menerima panggilan daripada ustaz tersebut tiga hai yang lalu dan lebih istimewa lagi, bantuan tersebut adalah percuma.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Mazlan, ustaz itu akan hadir ke rumahnya pada Sabtu ini bersama dua lagi pembantu bagi menyelesaikan gangguan yang berlaku terhadap keluarganya selepas beliau membawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah dari rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, Dungun miggu lalu.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sebaik saya menerima panggilan daripada ustaz tersenut, saya rasa bersyukur kerana ada pihak yang mahu membantu keluarga saya dan lebih-lebih lagi bantuan tersebut adalah percuma.

"Buat masa ini, ustaz tersebut sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan itu," katanya.

Namun, bapa kepada lapan anak itu berkata, sejak berita berhubung gangguan misteri tersebut disiarkan, gangguan tersebut semakin menjadi-jadi terutama ianya terjadi kepada dirinya sendiri.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, sebelah kanan badannya menjadi lemah dan tidak mampu untuk membuat sebarang kerja, sebaliknya hanya berkurung di dalam rumah sahaja.

"Malah, ada kalanya badan saya rasa seram sejuk, rasa nak marah dan secara tiba-tiba menjadi sebak sehingga menyebabkan saya rasa semakin tertekan dan risau.

"Saya bimbang kerana sejak gangguan ini terjadi saya tidak dapat menumpukan kepada kerja-kerja kampung yang saya usahakan sendiri dan ini sekali gus menjejaskan pendapatan kami sekeluarga," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia sudah menetap di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu dan kejadian seperti gangguan misteri ini tidak pernah berlaku lagi sebelum ini, sebaliknya dia sekeluarga hidup aman dan selesa, namun sejak peristiwa itu berlaku dia dan keluarganya semakin tertekan serta dihimpit kegelisahan setiap kali senja.

"Saya berharap dengan bantuan ikhlas daripada usaz itu nanti, mampu menyelesaikan segala masalah gangguan itu dan mengembalikan semula kehidupan seperti sedia kala," katanya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.