Durian Tekka Ada Kelainannya

Durian Tekka memunyai isi berwarna kuning kunyit.


KUALA LUMPUR - Warna isinya kuning kunyit, rasanya pula berlemak, manis dan pekat, justeru tidak hairanlah durian Tekka digelar antara durian terbaik.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Isi durian itu yang tebal manakala bijinya pula keci, ianya memberikan kepada penggemar tidak mahu beralih sebaliknya mahu menikmati durian tersebut kerana Tekka disifatkan durian yang sempurna.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melihat di sekitar Jalan Raja Alang dan Chow Kit mendapati bagaikan disitu seperti 'Syurga Durian' apabila banyak deretan kedai menjual raja buah itu memenuhi sepanjang jalan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Peniaga, Amri Aliasar, 35, yang berniaga durian lebih 20 tahun berkata, kawasan berkenaan akan menjadi lebih meriah apabila menjelang malam kerana penggemarnya akan mula membanjiri kawasan itu.

Katanya, harga durian pada waktu ini stabil kerana bekalan banyak berikutan musim durian panjang pada tahun ini.

Jika tidak kena pada musimnya, harga sebiji durian boleh mencecah sehingga ratusan ringgit mengikut jenis dan kualiti durian berkenaan.

"Bagi durian jenis Tekka, saya menjualnya sekitar harga RM20 hingga RM30 satu kilogram untuk gred A. Untuk gred lain, harganya pula mungkin lebih rendah kerana kualiti durian tersebut tidak sesedap Tekka.

"Saya mendapat semua bekalan durian ini dari Pahang kerana si sana banyak durian yang lazat dan mempunyai kualiti yang terbaik," katanya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.