Dua Beradik Dikurung Dalam Bilik Air

Dua beradik ini telah diikat dengan rantai besi di dalam bilik
air oleh bapanya. (Sumber gambar: NST)


BUTTERWORTH - Bapa jenis apa yang sanggup merantai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan kakak perempuannya berusia enam tahun di bilik mandi dan meninggalkan mereka tanpa sebarang makanan selama berjam-jam ?

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Begitulah perbuatan kejam seorang bapa dari Taman Mawar dekat Raja Uda di sini yang dikatakan mempunyai pelbagai masalah setelah isterinya lari ke negara Thailand kira-kira sebulan yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua keluarga yang dipercayai dalam lingkungan 40-an telah menggunakan rantai dan mangga besi untuk mengikat anak-anaknya di dalam bilik mandi yang terletak di tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau kemudian meniggalkan anak-anaknya untuk pergi ke tempat kerja kira-kira jam 3 petang pada hari Rabu (semalam) tanpa meninggalkan apa-apa makanan.

Menurut sumber, lelaki tersebut telah mengikat anak-anaknya dengan menggunakan rantai besi kononnya untuk menghukum anak-anaknya supaya tidak bersikap degil lagi.

Kesengsaraan kanak-kanak tersebut berakhir setelah seorang jiran mendengar jeritan mereka kira-kira jam 7.30 petang.

Jiran itu berkata, beliau cuba meninjau ke balkoni dan dia mendapati bahawa anak jirannya telah dirantai oleh bapa mereka sendiri.

Jiran itu tadi telah mengadu kepada Unit Pasukan Rondaan Taman Mawar untuk membantu kanak-kanak itu tadi dengan bantuan aggota bomba sebelum menghubungi pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

Ketua Penolong Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, pihaknya terpaksa membuka pintu rumah dengan mnggunakan pemotong besi untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Menurut Zulkifli, pihak penyelamat memberi makanan kepada kanak-kanak itu sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk diberi rawatan lanjut.

Beliau memberitahu, siasatan awal menunjukkan bahawa tidak ada tanda-tanda penderaan fizikal ke atas kanak-kanak itu tetapi pihaknya terpaksa menahan bapa tersebut untuk siasatan lanjut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.