Diganggu Hantu "Kak Limah"

Imej hantu "Kak Limah" yang sempat dirakam oleh Syawal.


MARANG - Lima keluarga dipercayai sering diganggu lembaga wanita tua berambut panjang dan kononnya rupa lembaga tersebut seperti hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetuskan fenomena dunia perfileman negara.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lima keluarga tersebut sering tertekan dan ketakutan akibat sering diganggu lembaga wanita tua tersebut sejak lebih seminggu lalu di Kampung Temiang, Marang, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Wanita misteri itu dikatakan sering muncul dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan sekitar rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keuarga terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, berkata, lembaga itu berpakain batik lusuh dan rambutnya pula hampir mencecah paras pinggang, sering merayau sekitarrumah anaknya dari waktu malam sehingga subuh, sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya. kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan setelah berkahwin.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

"Boleh dikatakan setiap hari pasti ada kemunculan lembaga tersebut yang dilihat anak saya. Malah semalam (Jumaat), saya sendiri terdengar lembaga tersebut menjerit meminta tolong," katanya.

Kejadian misteri ini bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya. Kesemua keperluan itu adalah untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

"Saya membawa pulang beberapa keping papan dan tiang itu ke rumah pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu menghantui kami," katanya.

Mohd Syawal turut  memberikan bukti dengan menunjukkan imej lembaga misteri itu seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja beberapa hari yang lalu.

Menurut Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur dengan lena serta asyik menangis.

"Bunyi tersebut sperti orang mencakar dinding dan kerap kedengaran di luar rumah pada sebelah malam, namun apabila saya turun untuk meninjau tiada siapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.

Sementara itu, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat besama penduduk setempat.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.