Budak Larikan Bas Kilang

Keadaan bas yang sedikit remuk apabila remaja terbabit
melanggar beberapa buah kenderaan lain.


SEREMBAN - Nekad mencuri bas selepas terlibat dalam pergaduhan. Itulah yang terjadi kepada seorang remaja berusia 13 tahun apabila dia nekad melarikan bas kilang di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu suspek cuba melarikan bas berkenaan sejauh hampir satu kilometer tetapi mujur apabila penduduk taman itu menyedari kejadian itu dan kemudian mengejar suspek.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keadaan semakin menjadi lebih buruk aabila suspek turut merempuh beberapa kenderaan penduduk taman berkenaan yang diletakkan di tepi jalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, suspek yang bersendirian dipercayai melarikan diri selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dan cuba untuk bersembunyi di dalam bas kilang tersebut dan secara kebetulan kuncinya ditinggalkan bersama di dalam kenderaan itu.

Bas berkenaan kemudiannya ditemui di sekitar kawasan tapak projek pembinaan rumah kedai yang berdekatan dengan Balai Polis Senawang, di sini.

Menurut saksi kejadian, Zulkifli Muhamad, 44, berkata,  ketika kejadian dia berada di dalam masjid di taman berkenaan sebelum mendengar dentuman seperti terjadi satu pelanggaran.

"Suasana menjadi tidak terkawal apabila ramai penduduk mengejar bas yang dilarikan remaja terbabit.

"Dalam keadaan malam yang gelap gelita menyukarkan kami untuk mengecam siapa yang memandu bas tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, dia ke lokasi bas temui selepas dimaklumkan penduduk.

"Kami akhirnya berjaya menangkap remaja berkenaan yang cuba menyembunyikan diri di dalam bas berkenaan," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian dan kes disiasat di mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.