Betarung Nyawa Di Bawah Lori Tangki

Pihak bomba cuba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit
di bawah lori tangki berkenaan.


LEMAL - Dua remaja bertarung nyawa apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah lori tangki lalu tersepit antara motosikal dan tayar lori berkenaan yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira jam 8.40 malam, di sini, kelmarin.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Che Kadir Che Ya berkata, kedua-dua mangsa yang terlibat adalah Zulkifli Johari, 26 dan rakannya, mohd Irwan Che hamid, 20.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal motosikal dari Pasir Mas menghala ke Bulatan Lemal ketika kejadian dan pihaknya meneriam panggilan pada jam 8.45 malam lalu bergegas ke tempat kejadian bersama dengan  lima anggota.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa kurnag daripada lima minit dan kedua-dua mangsa dihantar dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mangsa Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersama rakannya ketika dalam perjalanan pulang ke To Uban.

Menurutnya, mereka tidak menyedari lori tangki itu keluar dari sebuah stesen minyak kerana faktor jalan gelap.

"Saya mengalami kecederaan di bahagian pinggang kerana sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor, September lalu," katanya ketika ditemui. Seorang lagi mangsa, Irwan mengalami luka di bahagian lutut dan tangan kiri, dibenarkan pulang pada hari yang sama.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.