Bayi Berkepala 2 Berjaya Dilahirkan

Keadaan bayi berkepala dua yang dilaporkan sihat.


BRAZILLAIA - Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi berkepala dua. Kejadian aneh itu berlaku di sebuah hospital di Anajas, negeri Pada di utara Brazil.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bayi yang dilahirkan adalaha lelaki seberat 4.5 kilogram dan bayi berkenaan dilaporkan sihat kedua-duanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ibu berusia 25 tahun itu tidak menjalani pengimbasan ultra-sound sepanjang kehamilannya dan beliau hanya mengetahui mengenai kandungan aneh tersebut beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya itu pada awal pagi kelmarin.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pengarah hospital berkenaan, wanita tersebut mengambil keputusan untuk ke hospital keran mengadu sakit perut yang teruk.

"Apabila doktor menjalankan pengimbasan, mereka terkejut mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya.

"Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di kedudukan yang bahaya.

"Setelah berdepan dengan masalah tersebut, kami berjaya mengeluarkan bayi tersebut sekaligus menyelamatkan si ibu dan anaknya dan didapati bayi tersebut sihat," katanya.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil pada tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi meninggal dunia kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.