Barcelona Menang Bergaya ke Atas Real Madrid


Xavi Hernandez meraikan jaringannya selepas menjaringkan gol 
kedua untuk Barcelona di Estadio Santiago Bernabeu.


MADRID - Juara La Liga mendapat permulaan permainan yang paling teruk apabila penyerang Real Madrid, Karim Benzema berjaya menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Clasico untuk memberikan pasukan Madrid mendahului pada masa 22 saat yang pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walau bagaimanapun, anak-anak didik Pep Guardiola bangkit semula dengan jaringan daripada Alexis Sanchez dan Xavi sebelum tandukan Fabregas dimeteraikan kemenangan untuk pasukan Barcelona ke puncak La Liga.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ianya adalah satu hari yang sangat bermakna bagi saya. Separuh masa pertama amat sukar untuk menguasai perlawanan tetapi pada masa kedua seterusnya kami bermain bersungguh-sungguh dan berjaya memecahkan benteng Real Madrid," kata bekas pemain Arsenal itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Fabregas juga berminat untuk menyerlahkan lagi taktik sebagai pemangkin untuk meningkatkan mutu perlawanan dalam pasukan Barcelona.

"Kami bermain dengan tiga orang pertahanan pada masa ke-70 dan melakukannya untuk menang di Bernabeu," katanya lagi.

Barcelona kini akan bertolak ke Jepun dimana mereka berharap akan dinobatkan sebagai Juara Kelab Dunia sebelum kembali beraksi semula di dalam Liga pada bulan Januari nanti.


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.