Astro Lancar Satelit TV Percuma


KUALA LUMPUR - Syarikat Astro hari ini telah melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelanjaan sepanjang hayat, maklumat, termasuk sukan, dan semuanya adalah percuma untuk rakyat Malaysia.

sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
Menurut Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro akan memperkenalkan NJOI menerusi tiga fasa.
sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
Melalui fasa yang pertama, Astro akan mengagihkan sebanyak 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.
sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
"Bagi fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepda semua, dan menjelang suku pertama 2012, pelanggan boleh memberi dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan percuma itu.

"Menerusi fasa yang terakhir iaitu fasa ketiga, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada mahu membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012," katanya lagi.

Menurut sumber, pelanggan NJOI boleh menonton sebanyak 37 perkhidmatan TV dan radio sperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Astro juga merancang untuk menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.