Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa



Dengan memperolehi markah penuh sebanyak 70 peratus, peserta Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad berjaya merangkul kejuaraan untuk musim pertama program realiti TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) yang berlangsung semalam (Ahad) jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut juri tetap, Azmeer dan Erra Fazira serta juri jemputan, Ziana Zain, Asmidar mempunyai cara nyanyiannya yang tersendiri dan kreatif, justeru kelebihan itu sekaligus melayakkan wanita kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah trofi.
 


Pesaing terdekatnya pula, Mafa atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir,19, turut tampil dengan persembahan yang terbaik. Tetapi kemenangan tidak memihak kepada dirinya. Walaupun pada minggu-minggu awal berlangsungnnya program VBSR ini memihak kepada Mafa dengan membawa pulang hadiah mingguan, ianya tidak semestinya menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan pada musim pertama ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada konsert akhir itu, kedua-dua peserta telah dibekalkan lagu baru yang dituliskan oleh komposer-komposer terkenal tanah air seperti Audi Mok yang mencipta lagu 'Tiba' (Mafa) dan Ajai mencipta lagu Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sepanjang 13 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 pertaus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.