Asmidar dan Mafa Layak, Azmarul Tersingkir



Malam tadi telah berlangsungnya program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) di TV3 yang menampilkan tiga peserta yang tinggal iaitu Azmarul, Asmidar dan Mafa serta juri tetap iaitu Azmeer dan Erra Fazira. Ketiga-tiga peserta ini telah membuat persembahan yang baik tetapi salah seorang daripadanya telah tersingkir, Azmarul terpaksa akur dengan keputusan juri dan markah undian yang rendah.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut  Azmeer, dia dan Erra sebulat suara memilih Mafa untuk ke final kerana berpendapat Mafa mempunyai tona suara yang unik serta lebih berkreativiti dalam menyampaikan sesebuah lagu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi Erra pula, dia berpendapat ketiga-tiga peserta telah memberikan persembahan yang cukup baik pada malam tadi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mafa dan Asmidar memang layak ke final depan kerana mereka telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam menyampaikan sesebuah lagu dengan baik," kata Erra lagi.

Sementara itu, Asmidar tekejut apabila Faizal Ismail selaku pengacara mengumumkan namanya terselamat daripada pusingan battle sekaligus melayakkan dirinya ke peringkat final. Ini kerana dia melihat Mafa dan Azmarul telah memberikan persembahan yang baik.


Asmidar mendapat peratusan markah yang tinggi.


"Apabila Faizal mengumukan nama peserta yang layak ke final, saya rasa macam tidak percaya dan terkejut kerana kedua-dua pesaing saya telah ber persembahan yang baik juga. Tapi dalam perasaan terkejut, saya berasa gembira kerana masih berpeluang untuk beraksi pada minggu hadapan," kata Asmidar.

Sementara Mafa pula, dia merasakan dirinya di zon yang tidak selamat dan terpaksa berentap dalam pusingan battle bersama Azmarul dengan menyanyikan lagu 'Awan Nano' bagi menambat hati juri.

"Pada masa itu, saya rasa diri saya pada zon bahaya, tapi saya cuba untuk menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Syukurlah, pihak juri memberi peluang dan memilih saya untuk beraksi di pentas final," kata
 Mafa.

Konsert VBSR malam tadi menyaksikan Asmidar mendapat purata peratusan sebanyak 58 peratus, Mafa dengan 48 peratus dan Azmarul mendapat 43 peratus. Juara Vokal akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan naib juara akan mendapat RM30,000.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.