Apex Hiasi Muka Depan Majalah GLAM

Pose yang 'hot' mejadi bualan daripada peminat setia Apex.
(Sumber gambar: Portal Sukan)



Semakin hari semakin menyerlah populariti penjaga gol utama kebangsaan dan pasukan Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau nama gelarannya Apex dan terbaru beliau telah dipilih menjadi penhias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki bagi edisi Januari/Februari 2012.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa kamera dengan seorang model perempuan, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang. Pose 'ala-ala' lelaki macho itu telah menjadi bualan hangat kebanyakan peminat Apex yang sering mengikuti perkembangan beliau.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kini, ramai melihat kebanyakan pemain bola sepa kebangsaan sering mendapat perhatian media sama ada cetak atau elektronik untuk menarik minat dalam kalangan orang ramai. Antaranya penglibatan Mahali Jasuli dalam drama Bola Cinta.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai pembaca mahupun peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai "Madonna" untuk edisi khas Januari/Februari ini.

Kini kebanyakan pemain bola sepak mula menjadi 'selebriti sukan' dan mendapat perhatian umum seperti yang terbaru ini nama Nazmi Faiz Mansor telah melonjak naik selepas sepakan beliau ketika menentang Bahrain telah mencatat rekod sebagai gol terbaik di dunia.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.