6 Pelancong Brunei Maut Nahas Bas Rempuh Pokok

Mangsa nahas bergelimpangan di tempat kejadian dan pihak 
penyelamat mula memberi bantuan susulan.


TAMPARULI -Sebuah bas yang bermuatan 33 penumpang mengalami kemalangan ngeri di Kilometer 8.9 Jalan Ranu-Tamparuli dan mengorbankan enam penumpang dipercayai pelancong warga Brunei, di sisi, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu mengakibatkan penumpang didalam bas tersebut mula menggelondsor ke atas jalan sebelum merempuh sebatang pokok besar hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Salah seorang mangsa terselamat dalam kejadian, Mohd Nazirul, 21, berkata, dia pada mulanya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas meneruni bukit beberapa saat sebelum nahas berlaku. 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut mangsa lagi, selepas kejadian berlaku,  kesemua mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan di atas jalan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran.

"Sebelum kemalangan, bas yang dinaiki 22 penumpang perempuan dan selebihnya lelaki itu cuba untuk memontong tiga kenderaan termasuk dua lori.

"Bagaimanapun, bas tersebut secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu merempuh sebatang pokok besar," kata mangsa lagi.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang, tiga daripada enam pelancong Brunei yang maut dalam nahs ngeri itu telah dikenal pasti iaitu Haji Abdul Manan Haji Ishak, 50, Pangiran Hajah Zahama Pangiran Haji Zainal, 61, dan Hajah Dayang Norhayati Haji Abdul Hadi, 61.

Dua yang lain hanya dapat dikenali sebagai Hajah Faridah, 60, dan Haji Sapawi, 60, bagi identiti seorang lagi mangsa masih belum dapat dipastikan.

Beliau berkata, enam penumpang bas ekspres itu parah, 12 lagi separa parah manakala enam lagi cedera ringan.

Menurutnya lagi, kesemua mangsa masih dalam trauma atas kejadian yang menimpa dan banyak maklumat yang masih belum diperoleh daripada mangsa lagi.

Menurut sumber, dipercayai terdapat beberapa orang kanak-kanak dalam bas itu, namun jumlah dan umur mereka yang terlibat masih belum dikenal pasti lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.