close button

close button

Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 (Video)



Malam semalam telah berlangsungnya konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) Musim ke-2 yang menampilkan dua peserta akhir iaitu Uchop dan Mar. Pada konsert itu, Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad, 28, berjaya merangkul juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada konsert akhir tersebut, pertandingan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu lagu pilihan mereka, single yang dicipta khas oleh komposer terkenal dan segmen 'battle' yang mengkehendaki kedua-dua mereka memilih lagu untuk mencabar kemampuan vokal masing-masing.

Dipendekkan cerita, Uchop yang berasal dari Kedah telah membawa single terbaru yang dicipta khas buatnya oleh komposer tersohor Yuzai yang berjudul 'Jujurlah Padanya'. Bagi Mar yang berasal daripada Sabah pula, dia telah membawa single terbarunya yang berjudul 'Maafkanlah Cinta' yang dicipta khas oleh Ajai.


Pada malam tersebut, VBSR telah dihiburkan dengan persembahan daripada Zamani, Salem dan One Nation Emcees selain diadili dengan beberapa juri iaitu Ziana Zain, Hattan, Mas Idayu dan Azmeer.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dengan kemenangan pada malam itu, Uchop membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta hadiah iringan, manakala Naib Juara, Mar membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta hadiah iringan dan trofi.

 

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.