close button

close button

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh 2013 Tingkatan 1 Online


Menerusi laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2013 boleh disemak mulai 16 Disember 2012, Ahad.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Calon yang memohon tawaran terbabit pada 15 September - 31 Oktober 2012 lalu boleh membuat semakan keputusan sama ada berjaya atau tidak untuk melanjutkan pelajaran di SBP dengan melayari sistem online (atas talian) aplikasi semakan pada tajuk pautan di bawah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
SEMAKAN & CETAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2013

Untuk lebih jelas lagi megenai kemasukan dan dasar pemilhan mahupun pengambilan, rujuk pada kenyataan rasmi media di bawah.

Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) di 66 buah SBP bagi tahun kemasukan 2013. 
Sebanyak 62,338 pemohon adalah murid perempuan dan selebihnya iaitu 43,019 pemohon adalah murid lelaki.
Seramai 7710 murid akan dipilih dan akan ditempatkan di Tingkatan Satu (1) SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3645 tempat adalah untuk murid perempuan dan 4065 tempat disediakan untuk murid lelaki. 
Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru itu KPM akan menawarkan sekurang-kurangnya 5397 (70%) tempat kepada murid-murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. 
Bagi membolehkan murid-murid dipertimbangkan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh, mereka mesti memenuhi syarat-syarat seperti warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012. 
Walau bagaimanapun, murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan 2B boleh juga dipertimbangkan untuk ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh. 
Seramai 2313 (30%) murid miskin akan ditawarkan ke SBP dengan status `Projek Khas` yang akan diberikan bantuan oleh KPM. Dari jumlah tersebut seramai 925 orang adalah murid dari keluarga miskin tegar yang memperolehi pencapaian UPSR 2012 sekurang-kurangnya 3A 2B. 
Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 16 Disember 2012.

Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my.

Murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.