close button

close button

Rumah Tengah Jalan Di China Dirobohkan (6 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Artikel kami pada 23 November lalu  berkisarkan tentang sepasang suami isteri dari Beijing, China, bertindak menetap di kediaman mereka yang terletak di tengah-tengah jalan raya (gambar kecil) selepas ganti rugi yang ditawarkan oleh pemerintah negara itu masih lagi rendah. Bagaimanapun, menerusi media China, rumah tersebut dikatakan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa sejak kelmarin lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai, memberitahu media, rumah berkenaan diruntuhkan kelmarin selepas pemiliknya, iaitu seorang penternak itik, Luo Beogen dan isterinya, bersetuju menerima pampasan sebanyak 260,00 yuan (RM123,000).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pasangan berkenaan menjadi penduduk tunggal masih bertahan di kawasan penempatan itu yang dimusnahkan untuk memberi laluan kepada jalan utama menuju ke stesen kereta api baru dibina di bandar raya Wenling di wilayah Zhenjiang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kerja pemusnahan dibuat seminggu selepas imej rumah itu diedarkan secara meluas melalui online di China, mencetuskan laporan domestik dan antarabangsa mengenai rumah berkenaan yang masih kekal berdiri kerana pemilik mereka menentang pembangunan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Luo, 67, baru membaik pulih rumahnya pada harga 600,000 yuan (RM285,000) apabila didatangi pegawai kerajaan dengan tawaran 220,000 yuan (RM105,000) untuk berpindah tetapi ditolak, kata Chen sebelum ini. Tawaran itu dinaikkan kepada 260,000 yuan minggu lalu.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

1 komen:

Powered by Blogger.