close button

close button

Permohonan MRSM Tingakatan 4 (2013) Di Sabah & Sarawak Online



Permohonan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga (3) warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke tingkatan empat (4) pada sesi persekolahan 2013 di Sabah dan Sarawak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan ke MRSM.

SYARAT KELAYAKAN MASUK
  • Permohonan ini tebruka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik & Sains) dan tiada gred C, D, atau E bagi subjek teras dalam PMR.

SYARAT PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE
  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga (3) di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingakatan tiga (3) yang sedang menuntut di sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

PERLU MOHON KATA LALUAN
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat pada hari keputusan PMR diumumkan secara rasmi.

Sila bawa salinan kad pengenalan serta keputusan PMR, yang disahkan benar, semasa mendapatkan kata laluan.

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Setelah mendapatkan kata laluan pemohon perlu layari aplikasi sistem permohonan klik url http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp - Masukan No K/P dan Kata Laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 2 Januari 2013.
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 7 Januari 2013.

Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Sebarang maklumat lanjut layari portal rasmi MARA di alamat http://www.mara.gov.my.

* * * * *

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.