close button

close button

Penunggang Serah Memorandum, Desak Mazidul & Majalah 3 Mohon Maaf Secara Terbuka (Video)



Susulan berita yang membabitkan wartawan Mazidul Akmal Sidik atas kesilapan info yang diberikan pada satu episod dalam program Majalah 3 tempoh hari, seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul untuk menyerahkan memorandum mendesak wartawan itu membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ia terjadi selepas wartawan terbabit membuat kesimpulan dengan tidak mengatakan info sebenar mengenai satu video lakonan semula, sebaliknya seperti memberikan gambaran lakonan semula oleh penunggang motosikal profesional itu memang terjadi.


Dalam perhimpunan itu, seorang wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran, mendesak Mazidul dan Majalah 3 supaya menarik balik gelaran 'pelesit jalanan' kepada mereka yang turut mengatakan Mazidul menerusi Facebook miliknya melemparkan tuduhan-tuduhan negatif kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut adalah sedutan video daripada Malaysiakini yang merakamkan suasana perhimpunan bantahan yang berlaku di Sri Pentas TV3, semalam.

1. Penyerahan memorandum bantahan di Sri Pentas TV3.

 

2. Video asal - penyalahgunaan video lakonan semula oleh Mazidul dalam Majalah 3.


3. Permohonan maaf Majalah 3 mengenai kes terbabit.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.