close button

close button

Nabila Huda Diserang Apendiks ? (4 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Jika anda sering mengikuti perkembangan semasa Nabil Huda di Twitter, pasti anda menyedari pelakon ini sedang mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari yang lalu. Nabila atau lebih menja dipanggil Abil membuat beberapa status tentang masalah kesihatannya seperti demam, sakit tekak dan sakit perut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terbaru, Abil memaklumkan dia kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan setelah dimasukan ke wad Pusat Perubatan Tropicana pada pagi Rabu. Menurut Abil, pemeriksaan itu adalah untuk mendapatkan kepastian berhubung masalah sakit perut yang dialimnya.

“Semalam saya dimasukkan ke wad selepas doktor di Pusat Perubatan Tropicana mengesyaki saya menghidap apendiks. Mereka mahu buat pembedahan tetapi saya tidak begitu yakin dan enggan jalani pembedahan dengan segera. Saya mahukan pandangan kedua berhubung perkara ini. Hari ini saya minta keluar dan kini berada di PPUM untuk dapatkan nasihat doktor di sini pula,” ujar Abil.


Dalam masa yang sama, Abil juga memberitahu yang dia berasa agak terkejut apabila dimaklumkan tentang penyakitnya itu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalami masalah sakit perut yang serius.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sebelum ini saya tidak pernah mengalami sakit perut yang macam ini. Kalau sakit sikit-sikit memang saya tidak akan berjumpa dengan doktor. Saya hanya makan panadol atau ponstan untuk legakan kesakitan. Tetapi kali ini saya tidak boleh tahan. Perut saya sakit sejak berada di Sabah lagi. Tapi saya tahan sebab ingat tiada apa-apa,” kata Abil yang popular dengan drama 'Julia'.

Dalam perkembangan yang sama, Abil sempat memberitahu dia baru sahaja tamat penggambaran telemovie 'Cinta Si Gadis Igal-Igal'. Selain itu dia akan mula bercuti panjang mulai 24 Disember ini dan akan bercuti secara solo ke Belanda dan Itali sehingga awal Januari tahun depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut beberapa keping gambar yang diambil daripada Twitter dan Instagram Nabila Huda yang memaparkan dia menerima rawatan.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

1 komen:

Powered by Blogger.