close button

close button

Johan Raja Lawak Selamat Dibedah Selepas Cedera Main Futsal (3 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Jumaat lalu telah berlangungnya program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 bagi Minggu ke-7 yang turut menyaksikan kumpulan Sabon (Sathia & Abon) telah tersingkir selain kumpulan Jozan (Johan & Zizan) masih menerajui carta undian teratas bagi setiap minggu. Kali ini, kami bukan ingin bercerita tentang kontroversi Jozan atau Johan terhadap Baby AA (Azwan Ali) di MLM 2012 seperti minggu yang lalu, tetapi ingin bercerita tentang kesihatan pelawak tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jika anda mengikuti akuan Twitter milik Johan, isterinya Ozlyn Wati telah mengemaskini status yang mengatakan suaminya telahpun menjalani satu pembedahan pada bahagian lutut di mana ligament Johan dikatakan terkoyak. Dia turut melampirkan beberapa keping gambar ketika dan selepas Johan menjalani pembedahan itu.


Difahamkan, kecederaan yang dialami pelawak berumur 28 tahun itu adalah berpunca selepas dia bermain futsal pada malam sebelum keesokannya MLM 2012 berlangsung.

Jika anda perasan, ketika Jozan membuat persembahan, Johan dilihat berjalan sedikit terhincut-hincut akibat kecederaan lukanya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, anda tidak perlu risau, menurut isterinya Johan kini selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat di hospital. Apapun, diharapakan Johan dapat sembuh dengan segara dan kembali aktif untuk melawak di JoHaRa Pagi ERA dan MLM 2012.

Di bawah kami ada sedikan 2 lagi keping gambar Johan dan video Jozan di MLM 2012 - Minggu ke-7. Enjoy!


http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com




Video - GuaTV

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.