close button

close button

Farid Kamil & Diana Danielle Dapat BMW X6 Sebagai Tanda Restu Perkahwinan


Selepas sah bergelar suami isteri pada 3 November lalu, majlis resepsi pula menyusul pada 1 Disember lepas bagi pasangan pelakon Farid Kamil & Diana Danielle yang dilangsungkan di Taman Ekuestrian Putrajaya. Pada majlis yang bertemakan garden wedding itu, pasangan ini telah menaiki pedati kuda untuk diarak ke lokasi majlis resepsi mereka yang turut dihadiri lebih 600 tetamu jemputan termasuklah beberapa barisan artis tempatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson,21, tampil anggun dalam busana mewah rona putih ala puteri raja hasil rekaan daripada label MimpiKita dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Chot. Manakala Farid Kamil pula mengenakan uniform khas yang ditempahnya untuk digayakan pada malam tersebut.


Dalam pada itu, antara perkara yang menjadi tumpuan tetamu jemputan pada majlis tersebut adalah kejutan daripada bapa Farid Kamil sendiri aiitu Dato' Zahari Che Dan. Ketika kedua mereka sedang bersanding di pelamin, pengacara majlis mengumumkan tentang hadiah yang bakal diterima kedua pengantin daripada bapa Farid.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dato` Dr Zahari telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka. Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang tidak putus-putus mendapat rezeki selepas pernikahan mereka bermula dari berita kehamilan Diana Danille sehinggalah mendapat hadiah berupa sebuah kereta BMW X6. Tahniah sekali lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.