close button

close button

Bantuan Sekolah RM100 Akan Diagihkan Mulai 15 Januari 2013

http://speakerpecah.blogspot.com

Berita gembira buat pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah apabila bantuan RM100 akan mula diagihkan pada tahun hadapan. Bantuan ini sekaligus dapat meringankan perbelanjaan persekolahan sesi 2013 yang ditanggung oleh penjaga atau ibu bapa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bantuan khas kepada murid sekolah adalah di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.


Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan Rm100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari 2013.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.co
Dalam perkembangan lain,sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop ‘telah bayar’ bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.co
Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.


SYARAT KELAYAKAN PELAJAR

- Berstatus warganegara Malaysia
- Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan
- Mestilah pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2013.

* * * * *

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.