close button

close button

APM 2012 - Sharnaaz Ahmad Lepas Geram Pada Shila Amzah Di Twitter ? (3 Gambar)


http://speakerpecah.blogspot.com

Jika di majlis Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) lalu, Shila Amzah mencetuskan kontroversi apabila dia secara spontan bersalaman dengan cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad selepas namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Terbaik. Tindakan itu sekaligus membuatkan para peminat dan artis yang hadir kurang senang dengan tindakannya selaku wanita bertudung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, kisah mereka mendapat perhatian kembali apabila Sharnaaz Ahmad dikatakan melepaskan geram dan rasa cemburunya terhadap Shila Amzah melalui Twitter miliknya. Perkara itu terjadi selepas Shila Amzah bergandingan dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah menerusi lagu 'Aku Bersahaja' pada malam Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012), 15 Disember.

Ketika menyampai anugerah bagi kategori Lagu Terbaik, Shila Amzah sempat menyampaikan kenyataan seperti di bawah:
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya. Dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya. Saya tak tahu mana dia pergi."

Kata-kata gurau daripada Shila Amzah itu bagaimanapun disalah erti oleh Sharnaaz Ahmad sehinggakan dia memuat naik statusnya di Twitter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Satu sumber dari forum Cari berjaya melampirkan screenshot status Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuas hati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap pasangannya.

Bagaimanapun, status tersebut telah dipadam oleh Sharnaaz Ahmad dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam (Ahad). - Rotikaya

http://speakerpecah.blogspot.comhttp://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.