close button

close button

Anugerah K-Pop, "Golden Disk Awards" Di Malaysia Januari Depan

http://speakerpecah.blogspot.com

Ini mungkin peluang bagi peminat K-Pop di Malaysia untuk menyaksikan kumpulan K-Pop kegemaran mereka secara langsung apabila satu acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, 'Golden Disk Awards' bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, lebih daripada 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut. Antaranya, PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB) Siaran pra rakaman penyampaian anugerah akan ditayangkan ke Korea Selatan.



Bercakap pada satu sidang akhbar mengenai acara anugerah tersebut, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon berkata, Samsung teruja kerana dapat membawa artis-artis terkemuka Korea Selatan ke Malaysia.

“Kami gembira dapat menganjurkan acara paling berprestij ini. Ini adalah lanjutan kepada falsafah Samsung yang dibawa secara langsung, ketika kami terus berusaha memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pengguna kami,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-Pop begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik.

Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-Pop paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, info@ticketpro.com.my, atau menelefon 03-78807999 mulai 9 Disember ini. - Bernama

1 komen:

  1. Money not eought?Want a part time job?Job at home? Want to earn money online?
    Now with Neo Bux you can get the world No.1 PTC to help you!!

    With~

    *Safe
    *Trust
    *Only there pay you no you pay there
    *No any fee or under fee
    *Life time no any changes
    *Only click
    *No virus or not spam
    *No personal detail need and also bank detail

    Visit and join us now ~ http://www.neobux.com/?r=leekanelong
    The money is now waiting you!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.